Monday, December 27, 2010

kadang-kala tanpa kita sedari~

tuhan maka kaya
maha mengetahui
&&

walaupun DIA mengambil
sesuatu dariku
DIA juga memberiku
sesuatu yang lain.

aku bersyukur dan
insaf. walaupun kadang2
aku terleka dan alpa
pada-Nya. tapi,

DIA masih mengingatiku.
syukur~

..


Tuesday, December 21, 2010

sayang berhati - hati

baru tahu tentang khabar berita itu
sayang! kenapa begitu?
terasa seperti dihempap batu!



terasa nak menjerit pun ade
alahai~
dugaan apakah lagi kali ini
Ya tuhan ku, jangan kau ambil yang satu ini
cukuplah yang sebelum ini

kerna yang satu ini
amat bermakna buat hatiku,diriku,hidupku
aku sungguh tiada kekuatan lagi.


p/s : menanti hari esok
harap lebih baik.

..


mimpi yang tak sempurna~

demn! mimpi tentang awak lagi!



*arinih satu keja pun tak buat
baru nak start buat assignment neh.
alahai~



p/s : sangatttttt sesak!



Thursday, December 16, 2010

Siti Nurhaliza - Melawan Kesepian

Wednesday, December 15, 2010

katakan hari itu tak sentiasa mendung~

hmm aku pk semakin baik, tapi semakin dekat, semakin sesak lah.
alahai~ taktaulah kenapa aku neh leh ter-effect sangat dengan benda neh

kalau taknak pikir, memang taknak pk, tapi nak buat macamane? bukak mata je teringat. sebelum tutup mata pun teringat. alahai hati~

kalau nak diikutkan, nak je aku jaohkan diri dari sini, bukan kerana nak lari daripada masalah, tapi terasa dah lame tak membawa diri. refreshkan minda, hati, diri, dan semua-semuanya lah! Alahai hati~

Kalau kau masih lagi boleh bertahan seperti dulu, kenapa tak bertahan lagi untuk beberapa hari ini. ini bukan pengakhiran waktu. bukan pengakhiran segalanya hati.

kalau dulu kau boleh terima. kenapa bukan sekarang? apa bezanya? dari dulu sudah memang tiada harapan tentang itu. kenapa masih ada rasa sedih itu? kenapa perlu?

alahai hati, bertahanlah selagi mampu. tak perlu rasanya nak mengkhabarkan pada dia tentang luka itu, biarkan. ada sesuatu sinar akan ada untuk mu suatu hari nanti. mungkin hari ini hari dia, tapi esok lusa hari kau.

katakanlah itu takdir Nya, terima dengan hati yang redha. aku tahu doaku dimakbulkan, alhamdulilah. tapi kenapa hati, masih merasa terluka kalau kau kata sudah merelakan? adakah hati dan mulut berbeza rasanya?

kenapa begitu sayang... rasanya inilah baru permulaan sebenar2nya tentang hidup, merasa kehilangan, kecewa, bahagia, menangis kalau pun tak bersuara. kalaupun dia tak pernah tahu, kerana dia tak pernah merasa. biarkan dia bahagia. kerana aku bahagia kalau die bahagia. bukankah itu lebih baek hati?

aku tahu itu, tapi ingin melepasi beberapa hari ini, memang sangat menyakitkan! sangat menyakitkan! terasa sesak yang amat sangat...aku harap aku buka je mata hari itu akan berlalu sudah, takperlu aku ingin terus menghitung dan tertunggu-tunggu lagi....

wahai hati~ dah terlalu lama kau menanti, kalau pun kau tahu pengakhirannya begini... cukup-cukuplah kau terluka. bukan sehari dua sayang. sudah bertahun~ bukan semalam sayang. tapi sejak kau mengenali hati yang sebelum ini.

aku tahu, kalau boleh ingin aku jeritkan padanya tentang luka ini, tapi untuk apa? hatinya takpernah mengerti. walau sekali~ kalaupun ada, tapi takkan ada perubahan kerana apa? jalanya dan aku berbeza, tujuannya dan aku berbeza, dan kerana hatinya bukan milikku.

wahai masa, cepatlah kau berlalu. kerana hati ini sudah tak tertanggung beban dan luka. dan kalau sudah berlalu, teruslah pergi menjauh kenangan itu. tiada apa lagi untuk dikenang. tiada apa lagi untuk diceritakan. kalau pun ada yang ingin mendengar, rasanya tak sama pada yang terluka.

aku harap ini bukan pengakhiran dan aku harap ini hanya baru permulaan, tentang hidup dan hati ini. dan hati, kau katakanlah hari itu tak sentiasanya mendung sayang.


Sunday, December 5, 2010

minggu-minggu terakhir yang menyesakkan.

currently at simpang renggam
occasion ; wedding auntie saye ;)

Erm, aku neh jenis yang takdelah suke sangat pegi sebok2 wedding orang. Tapi, kalau bab sedara-mara tuh kenalah pegi tunjuk mukakan. Then, sometimes disebabkan iam the only one daughter dalam family neh, so mama selalulah drag aku pegi wedding2 semua neh. One reason, "haa, kalau taknak pegi orang kawen,nanti kau kawen takde orang nak datang baru tau". Pergh! sentapp jap. thanx la mama! :p

Erm alhamdulillah, majlis tadi selamat, and makcek aku pun selamat diijabkabulkan dengan suami tercintanya. ceewah~ Erm, dalam pada masa akad nikah tue, aku taktau lah i have some feeling which is dont know how to say.

Bukan sebab aku sedih makcek aku neh dah kawen pun, tapi lebih kepada perasaan diri sendiri,yang semenjak dua menjak tak berapa sentiasa nak sedap. adeh~ Tetiba aku ade feeling merasakan sesuatu yang berat terhadap "minggu-minggu terakhir yang menyesakkan". Yaa, bila aku dengar upacara akad nikah dan upacara2 yang aku taktau ape namenya tadi, membuatkan aku merasakan suatu tugas yang berat bercampur dengan perasaan tak menentu.

Berat? yaa, berat. Tugas selepas bernikah/berkahwin secara kasarnya, dan.......pffftt! Melangkah ke suatu fasa yang baru dan tanggungjawab. Yaa, aku tau aku rasa belum masanya aku nak bercakap tentang2 hal kawen2 neh. But, sebenarnya aku nak menjuruskan lebih kepada perasaan aku neh tadi. haiyak!

Tetiba aku rasakan kehilangan, sebab bila seseorang tu berkahwin dan ada tanggungjawab tentu sekali hal-hal laen die akan abaikan, dan lebih kepada family. Ehem, lagi sekali aku tekankan bukan kepada makcek aku neh, tapi lebih kepada situasi hidup aku. Dan disini , aku lebih merasakan seawal2-nya aku akan pergi lebih jauh dari tempat yang sepatutnya agar nanti aku takkan lebih sakit.

Mungkin orang taktau ape yang aku alami, sebab diorang takpernah pun tahu, tentang apa yang jadi dalam hidup aku. Mungkin orang fikir takbesar manalah perasaan sedih aku nak dibandingkan dengan orang laen yang kehilangan saudara-mara, i mean yang meninggal dunia. Tapi, aku rasa lebih baik kita kehilangan orang itu terus, daripada kita tahu orang tuh ada, tapi kita tak dapat memilikinya. Bagi aku, itu lebih sakit.

Dan, sehingga ke minggu-minggu terakhir ini, aku masih lagi merasakan itu. Aku pun taktahu kenapa, either aku terlalu berharap, sama sekali tidak. Rasanya dah puas hati aku merelakan,tapi taktahulah, perasaan debar itu masih ada, berharap masih ada, walaupun aku tahu totally takda jalan penyatuan disitu.

Kenapa entah, masih ada rasa yang belum selesai disitu. Ada yang masih belum diselesaikan di jalan-jalan yang aku pilih. Aku tahu, kadang-kadang ada jalan yang tak sepatutnya kita ambil, tapi kita tetap buat keputusan untuk memilihnya. Nah.....itu dia kesakitan yang tak tertanggung~ Tapi, bukankah selalunya orang kata, ada hikmah disebalik semua yang berlaku?

Minggu-minggu terakhir masih menyesakkan hati && fikiran aku. Kalaupun aku pasti hati aku pada yang satu itu, tapi yang ini, aku masih belum putuskan. Kadang-kadang sudah penat untuk terus berlari-lari, tetapi semakin ku biar, semakin ia dekat?

Kalau nak di-listkan satu-satu. Rasanya takkan habis cerita tentang hati yang satu ini. Setiap kali terasa dikecewakan, esoknya akan ada harapan yang baru. Alhamdulillah ada hati lagi yang masih menyayangi. Alhamdulillah masih ada hati yang peduli. Alhamdulillah hati ini jua masih terus menyayangi walaupun seribu kali terluka.

Maaf, kalau terlalu emosi, tapi kadang-kala lebih baik menulis, dari meluahkan. Takut takda yang sudi nak mendengarnya. Dan lagu-lagu yang sentiasa dalam list aku sekarang, lagu-lagu yang aku harap dapat memberi sedikit kekuatan untuk aku.


" apapun yang terjadi berjalanlah tanpa henti
airmata tertahan waktu untuk dijatuhkan

nanti kita kan tahu,betapa bijaknya hidup
sepahit pun apa pun ini, pelajaran yang beerti

semoga, kepergian-mu tak akan merubah apapun
semoga mampu ku lawan, kesepian ku......~"


p/s : tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk kita semua
itu yang pasti. :)

..