Wednesday, December 15, 2010

katakan hari itu tak sentiasa mendung~

hmm aku pk semakin baik, tapi semakin dekat, semakin sesak lah.
alahai~ taktaulah kenapa aku neh leh ter-effect sangat dengan benda neh

kalau taknak pikir, memang taknak pk, tapi nak buat macamane? bukak mata je teringat. sebelum tutup mata pun teringat. alahai hati~

kalau nak diikutkan, nak je aku jaohkan diri dari sini, bukan kerana nak lari daripada masalah, tapi terasa dah lame tak membawa diri. refreshkan minda, hati, diri, dan semua-semuanya lah! Alahai hati~

Kalau kau masih lagi boleh bertahan seperti dulu, kenapa tak bertahan lagi untuk beberapa hari ini. ini bukan pengakhiran waktu. bukan pengakhiran segalanya hati.

kalau dulu kau boleh terima. kenapa bukan sekarang? apa bezanya? dari dulu sudah memang tiada harapan tentang itu. kenapa masih ada rasa sedih itu? kenapa perlu?

alahai hati, bertahanlah selagi mampu. tak perlu rasanya nak mengkhabarkan pada dia tentang luka itu, biarkan. ada sesuatu sinar akan ada untuk mu suatu hari nanti. mungkin hari ini hari dia, tapi esok lusa hari kau.

katakanlah itu takdir Nya, terima dengan hati yang redha. aku tahu doaku dimakbulkan, alhamdulilah. tapi kenapa hati, masih merasa terluka kalau kau kata sudah merelakan? adakah hati dan mulut berbeza rasanya?

kenapa begitu sayang... rasanya inilah baru permulaan sebenar2nya tentang hidup, merasa kehilangan, kecewa, bahagia, menangis kalau pun tak bersuara. kalaupun dia tak pernah tahu, kerana dia tak pernah merasa. biarkan dia bahagia. kerana aku bahagia kalau die bahagia. bukankah itu lebih baek hati?

aku tahu itu, tapi ingin melepasi beberapa hari ini, memang sangat menyakitkan! sangat menyakitkan! terasa sesak yang amat sangat...aku harap aku buka je mata hari itu akan berlalu sudah, takperlu aku ingin terus menghitung dan tertunggu-tunggu lagi....

wahai hati~ dah terlalu lama kau menanti, kalau pun kau tahu pengakhirannya begini... cukup-cukuplah kau terluka. bukan sehari dua sayang. sudah bertahun~ bukan semalam sayang. tapi sejak kau mengenali hati yang sebelum ini.

aku tahu, kalau boleh ingin aku jeritkan padanya tentang luka ini, tapi untuk apa? hatinya takpernah mengerti. walau sekali~ kalaupun ada, tapi takkan ada perubahan kerana apa? jalanya dan aku berbeza, tujuannya dan aku berbeza, dan kerana hatinya bukan milikku.

wahai masa, cepatlah kau berlalu. kerana hati ini sudah tak tertanggung beban dan luka. dan kalau sudah berlalu, teruslah pergi menjauh kenangan itu. tiada apa lagi untuk dikenang. tiada apa lagi untuk diceritakan. kalau pun ada yang ingin mendengar, rasanya tak sama pada yang terluka.

aku harap ini bukan pengakhiran dan aku harap ini hanya baru permulaan, tentang hidup dan hati ini. dan hati, kau katakanlah hari itu tak sentiasanya mendung sayang.


0 comments: