Monday, December 27, 2010

kadang-kala tanpa kita sedari~

tuhan maka kaya
maha mengetahui
&&

walaupun DIA mengambil
sesuatu dariku
DIA juga memberiku
sesuatu yang lain.

aku bersyukur dan
insaf. walaupun kadang2
aku terleka dan alpa
pada-Nya. tapi,

DIA masih mengingatiku.
syukur~

..


Tuesday, December 21, 2010

sayang berhati - hati

baru tahu tentang khabar berita itu
sayang! kenapa begitu?
terasa seperti dihempap batu!



terasa nak menjerit pun ade
alahai~
dugaan apakah lagi kali ini
Ya tuhan ku, jangan kau ambil yang satu ini
cukuplah yang sebelum ini

kerna yang satu ini
amat bermakna buat hatiku,diriku,hidupku
aku sungguh tiada kekuatan lagi.


p/s : menanti hari esok
harap lebih baik.

..


mimpi yang tak sempurna~

demn! mimpi tentang awak lagi!



*arinih satu keja pun tak buat
baru nak start buat assignment neh.
alahai~



p/s : sangatttttt sesak!



Thursday, December 16, 2010

Siti Nurhaliza - Melawan Kesepian

Wednesday, December 15, 2010

katakan hari itu tak sentiasa mendung~

hmm aku pk semakin baik, tapi semakin dekat, semakin sesak lah.
alahai~ taktaulah kenapa aku neh leh ter-effect sangat dengan benda neh

kalau taknak pikir, memang taknak pk, tapi nak buat macamane? bukak mata je teringat. sebelum tutup mata pun teringat. alahai hati~

kalau nak diikutkan, nak je aku jaohkan diri dari sini, bukan kerana nak lari daripada masalah, tapi terasa dah lame tak membawa diri. refreshkan minda, hati, diri, dan semua-semuanya lah! Alahai hati~

Kalau kau masih lagi boleh bertahan seperti dulu, kenapa tak bertahan lagi untuk beberapa hari ini. ini bukan pengakhiran waktu. bukan pengakhiran segalanya hati.

kalau dulu kau boleh terima. kenapa bukan sekarang? apa bezanya? dari dulu sudah memang tiada harapan tentang itu. kenapa masih ada rasa sedih itu? kenapa perlu?

alahai hati, bertahanlah selagi mampu. tak perlu rasanya nak mengkhabarkan pada dia tentang luka itu, biarkan. ada sesuatu sinar akan ada untuk mu suatu hari nanti. mungkin hari ini hari dia, tapi esok lusa hari kau.

katakanlah itu takdir Nya, terima dengan hati yang redha. aku tahu doaku dimakbulkan, alhamdulilah. tapi kenapa hati, masih merasa terluka kalau kau kata sudah merelakan? adakah hati dan mulut berbeza rasanya?

kenapa begitu sayang... rasanya inilah baru permulaan sebenar2nya tentang hidup, merasa kehilangan, kecewa, bahagia, menangis kalau pun tak bersuara. kalaupun dia tak pernah tahu, kerana dia tak pernah merasa. biarkan dia bahagia. kerana aku bahagia kalau die bahagia. bukankah itu lebih baek hati?

aku tahu itu, tapi ingin melepasi beberapa hari ini, memang sangat menyakitkan! sangat menyakitkan! terasa sesak yang amat sangat...aku harap aku buka je mata hari itu akan berlalu sudah, takperlu aku ingin terus menghitung dan tertunggu-tunggu lagi....

wahai hati~ dah terlalu lama kau menanti, kalau pun kau tahu pengakhirannya begini... cukup-cukuplah kau terluka. bukan sehari dua sayang. sudah bertahun~ bukan semalam sayang. tapi sejak kau mengenali hati yang sebelum ini.

aku tahu, kalau boleh ingin aku jeritkan padanya tentang luka ini, tapi untuk apa? hatinya takpernah mengerti. walau sekali~ kalaupun ada, tapi takkan ada perubahan kerana apa? jalanya dan aku berbeza, tujuannya dan aku berbeza, dan kerana hatinya bukan milikku.

wahai masa, cepatlah kau berlalu. kerana hati ini sudah tak tertanggung beban dan luka. dan kalau sudah berlalu, teruslah pergi menjauh kenangan itu. tiada apa lagi untuk dikenang. tiada apa lagi untuk diceritakan. kalau pun ada yang ingin mendengar, rasanya tak sama pada yang terluka.

aku harap ini bukan pengakhiran dan aku harap ini hanya baru permulaan, tentang hidup dan hati ini. dan hati, kau katakanlah hari itu tak sentiasanya mendung sayang.


Sunday, December 5, 2010

minggu-minggu terakhir yang menyesakkan.

currently at simpang renggam
occasion ; wedding auntie saye ;)

Erm, aku neh jenis yang takdelah suke sangat pegi sebok2 wedding orang. Tapi, kalau bab sedara-mara tuh kenalah pegi tunjuk mukakan. Then, sometimes disebabkan iam the only one daughter dalam family neh, so mama selalulah drag aku pegi wedding2 semua neh. One reason, "haa, kalau taknak pegi orang kawen,nanti kau kawen takde orang nak datang baru tau". Pergh! sentapp jap. thanx la mama! :p

Erm alhamdulillah, majlis tadi selamat, and makcek aku pun selamat diijabkabulkan dengan suami tercintanya. ceewah~ Erm, dalam pada masa akad nikah tue, aku taktau lah i have some feeling which is dont know how to say.

Bukan sebab aku sedih makcek aku neh dah kawen pun, tapi lebih kepada perasaan diri sendiri,yang semenjak dua menjak tak berapa sentiasa nak sedap. adeh~ Tetiba aku ade feeling merasakan sesuatu yang berat terhadap "minggu-minggu terakhir yang menyesakkan". Yaa, bila aku dengar upacara akad nikah dan upacara2 yang aku taktau ape namenya tadi, membuatkan aku merasakan suatu tugas yang berat bercampur dengan perasaan tak menentu.

Berat? yaa, berat. Tugas selepas bernikah/berkahwin secara kasarnya, dan.......pffftt! Melangkah ke suatu fasa yang baru dan tanggungjawab. Yaa, aku tau aku rasa belum masanya aku nak bercakap tentang2 hal kawen2 neh. But, sebenarnya aku nak menjuruskan lebih kepada perasaan aku neh tadi. haiyak!

Tetiba aku rasakan kehilangan, sebab bila seseorang tu berkahwin dan ada tanggungjawab tentu sekali hal-hal laen die akan abaikan, dan lebih kepada family. Ehem, lagi sekali aku tekankan bukan kepada makcek aku neh, tapi lebih kepada situasi hidup aku. Dan disini , aku lebih merasakan seawal2-nya aku akan pergi lebih jauh dari tempat yang sepatutnya agar nanti aku takkan lebih sakit.

Mungkin orang taktau ape yang aku alami, sebab diorang takpernah pun tahu, tentang apa yang jadi dalam hidup aku. Mungkin orang fikir takbesar manalah perasaan sedih aku nak dibandingkan dengan orang laen yang kehilangan saudara-mara, i mean yang meninggal dunia. Tapi, aku rasa lebih baik kita kehilangan orang itu terus, daripada kita tahu orang tuh ada, tapi kita tak dapat memilikinya. Bagi aku, itu lebih sakit.

Dan, sehingga ke minggu-minggu terakhir ini, aku masih lagi merasakan itu. Aku pun taktahu kenapa, either aku terlalu berharap, sama sekali tidak. Rasanya dah puas hati aku merelakan,tapi taktahulah, perasaan debar itu masih ada, berharap masih ada, walaupun aku tahu totally takda jalan penyatuan disitu.

Kenapa entah, masih ada rasa yang belum selesai disitu. Ada yang masih belum diselesaikan di jalan-jalan yang aku pilih. Aku tahu, kadang-kadang ada jalan yang tak sepatutnya kita ambil, tapi kita tetap buat keputusan untuk memilihnya. Nah.....itu dia kesakitan yang tak tertanggung~ Tapi, bukankah selalunya orang kata, ada hikmah disebalik semua yang berlaku?

Minggu-minggu terakhir masih menyesakkan hati && fikiran aku. Kalaupun aku pasti hati aku pada yang satu itu, tapi yang ini, aku masih belum putuskan. Kadang-kadang sudah penat untuk terus berlari-lari, tetapi semakin ku biar, semakin ia dekat?

Kalau nak di-listkan satu-satu. Rasanya takkan habis cerita tentang hati yang satu ini. Setiap kali terasa dikecewakan, esoknya akan ada harapan yang baru. Alhamdulillah ada hati lagi yang masih menyayangi. Alhamdulillah masih ada hati yang peduli. Alhamdulillah hati ini jua masih terus menyayangi walaupun seribu kali terluka.

Maaf, kalau terlalu emosi, tapi kadang-kala lebih baik menulis, dari meluahkan. Takut takda yang sudi nak mendengarnya. Dan lagu-lagu yang sentiasa dalam list aku sekarang, lagu-lagu yang aku harap dapat memberi sedikit kekuatan untuk aku.


" apapun yang terjadi berjalanlah tanpa henti
airmata tertahan waktu untuk dijatuhkan

nanti kita kan tahu,betapa bijaknya hidup
sepahit pun apa pun ini, pelajaran yang beerti

semoga, kepergian-mu tak akan merubah apapun
semoga mampu ku lawan, kesepian ku......~"


p/s : tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk kita semua
itu yang pasti. :)

..

Wednesday, November 10, 2010

okay, sorry blog anda kurang mendapat perhatian.


messy-hair.

Oh! blog, mintak maaf sekian, sebab lately malas nak update. Haih, mesti semua orang yang berkunjung (ade ke?) boringgg. Yeah! I didnt notice that , ihavent update my blog for almost 3month! hello, hidup lagi ke tak tuan punyer blog neh? haha

Okay2, tetiba mencari semangat nak update blog neh disebabkan, ke-jelesan men-stalker other poerple page! Auwww, they have their own FUN life! hish! Jelessssss. grrr!

But, biler kita fikir2 balek, there's something that they have but i dont, and i have but they dont. haha got what i mean? Erm.....but, urgh watso ever pun ayat2 yang aku cube buat untuk tenangkan diri, aku tetap jeles with all those people. haha *adeh~

Yeah, iam trying to change my life to better and fun hunneh! :D



p/s : my owlie necklace is otw bebeyh!
yeah!


..



Friday, August 13, 2010

confusing in deep inside


i hate to be adults.

to be good.
but i have to.
i know

i hate to be me sometimes
i love to be me sometimes.

i hate my hair.
i hate my clothes
i wanna be others
stupid iam.

i hate to make a decision
iam afraid that i make
a wrong decision actually
like the old days.

i hate to pretend that iam strong
i hate to those that hurt me
i hate to those who make me sick!
i hate all of them!

but...

i have to face all those trials
i have to be good
i have to accept what ever iam
i have to learn something new
everyday i wake up. *sigh

i love to see those smile
i love to see the blue sky
i love to make them angry
i love to see they are happy
*even iam not
i love to take care all those stupid things
*because thats iam!

lastly
sometimes people cant see
because people dont even give a damn
people dont even care

but
i do care *sigh
do i care too much honey?
do i have to let everything just happen?
i know iam not a superhero
and i cant control everything

but
i want to take care everything
in a right place
in a right time
definitely i know.
i cant.

i love them
i love you
i love bout my past.

Tuesday, August 10, 2010

thanx for visiting me honey.


Last weekend, ahmad syihan came to visit me in Melaka. auw! Dah beberapa bulan tak jumpe! rindu gilak! he's coming here to celebrate my 21st years old birthday honey! He spend 3days 2night with me. *tapi still tak hilang rindu lagi laaaaaaa. sob3

Ermm kali neh, kitorang takde aktiviti special pun.. just jalan-jalan and pergi makan. Urgh, biler toad datang neh,badan naek balek, sebab makan jerp keje. adoi~

Btw, congrats and goodluck to mr.toad sebab dapat tawaran kerja yang baru di Petronas. Erm ader test 18hb neh kan? So, goodluck honey!

After toad balek jeh, mulee rindu toad balek. eishhh~



hehe

thanx toad for the present :)
i love when my fingers entangled in yours.

jalan-jalan kat jonker mencari benda neh.
then biler jumpe terus jerp belii. huu~
*takamek pic pun kat jonker
sebab toad marah
pffft!


sayang curik jersi neh. huu~


love ya! :D

burger king time!

this is for me! nyum3.


couple (*_*)

kodok eat a lots.


muah!

drama king!

love - love - love


indulgences for me
*tak sempat celebrate bersama toad aritue
so last day before he going back
toad suapkan cake. lalala~

choc ice blended.

mushroom soup.

cafe latte for him.


candid!


will be miss you again! hmph.



love : ouch gemoks!
toad : syg memang gemoks!
love : grrrr. <3


p/s : i love you the way you are
so love me like the way iam.


..





I feel very INSULTED. thanks!

tak pernah aku rase terhina macamnie
seriously tak pernah! even macam2 orang cakap kat aku pun
sesiapa pun cakap kat aku. ape pun yang diorang cakap
tapi aku taktau la. kenapa kali neh aku boleh sangat terasa.
sangat terasa! terasa terhina sangat!

buruk sangat ke aku? tak nampak langsung ke baik tentang aku?
sampai antara orang yang paling aku sayang tuduh aku sampai macam tu sekali?
you know who you are.

iam feeling seriously disappointed!
for a many years, then after i just meet you a few past days
you can say that......... urgh!

tah laaa. tak tau kenapa terasa sangat kali neh
cumaaaa, tak sangka aku boleh dituduh sampai macamtu sekali?
kalau alasan laen mungkin aku boleh terima
tapi alasan tue aku langsung tak dapat terima

tak nampak lagi ke ape segala aku buat ? buta sangat ke?
atau nak aku listkan satu-satu aku dah buat?? demn lah!

iam trying my best to be good for you
but i think my best is not enough for you.


p/s : yes, iam too afraid to speak louder than before.
because iam afraid it will hurt ones that i love.

maaf kali neh sudah sampai tahap maxima
everyone have their own limits.
and kali neh, you are over my limit honey.

dnd.

..



Monday, August 9, 2010

Happy 21st years old for myself. yeay!

Last 3rd August iam celebrating my 21st years old birthday! Ermm yeay, just after iam having my diploma convocation ceremony. hehe

So, thats why iam feeling lucky this week..because i can celebrate two important thing in one celebration. :D *jimattt seket. hee~

Ermmm what a special day! Just after sampai di melaka central with Jepri, i asked Mimie, Keen, and Ikan to fetch us. I dont know they had plan to make a surprise for me! hahaa *serious tak sangke beb!

Awal-awal terperanjat gilak! Yelaaa, sebab dalam kereta sempat plak nak potong kek kan??? haha Aduh! Thanxx to all my dearie Mimie, Keenie, and Ikan add on with Jeprii yang kene surprise jugakkk. huuu~


cake birthday! :)

malu-malu potong cake :D


thanx honey!

jepri nak suap gakkk :p



p/s : omg! iam already 21st
years old?

still dont know how
to make a good decision.

*sigh.


..

Sunday, August 8, 2010

Rehearsal and Convocation Ceremony

Uiks, seriously busy yang tak terhingga! *eceh macam PM daaa. :D Ermm I have a lots of planning and planning! Ermm alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang and berlalu dengan baik and saye sungguh happy!

Ermm its starts from last 30 July! I have my rehearsal for diploma convocation ceremony at MMU Cyberjaya. I went there with my dear Mama and cousin, Mr. Firdaus Anuar. *auw popular you nanti! Rehearsal start from 8am i think? Tapi, terlewat seket sebab thats my first time arrive and visits MMU kampus Cyberjaya. So, try remember jalan semua and around 9am sampai! *cantek and besar sangat butt errk, naseb baek aku tak study campus sane..sebab terlalu besar and malas berjalan kaki beb! haha

Time rehearsal neh, ramai jugak orang datang, tak kurang jugak parents yang datang temankan anak-anak diorang! :) Rase-rase nervous belum lagi , sebab mase rehearsal diorang just explain ape yang patut kitorang settlekan before dapat naek stage untuk ambil scroll. *auw!

After rehearsal, me mama and apit went to Alamanda for lunch! hee~ Ermm tak tau nak makan ape since pagi dah kebulur even mama bawak bekal sandwich tapi.....tetap kebulur gak! hehe So, kitorang makan kat foodcourt jep! Ermm, jejalan kat Alamanda sambil mama shopping baju seket. and me paw mama Famous Amos and tudung comel. :)

After then, around 3pm gerak ke kl.. nak melawat MakTam *makcek saye manager mcd pudu. Ohhh, kami nak melawat maktam sambil nak paw maktam GCB baru. hahaaaa brilliant tak kami??? huhu
Then after that baru pulang balek ke Melaka sambil peruttt penuh dengan GCB yang umph! hehe

.........................................................................


Its 2nd August! The real Diploma Convocation Ceremony at MMU Cyberjaya honey! Ouch, pepagi bertolak dari Melaka with my Express baju kebaya. hehe Ermm kali neh datang bersama-sama abah kesayangan, mama, and apit again. *co-driver! hehe

Bertolak around 7am. Mama bawak bekal okay? She bring her nasi impit, sambal udang gemuk2 and rendang daging. *nyum2. makan sampai terlupa nak amek pic udang2 tersebut. haha Ermm sempat jamah seket jerp before gerak ke Cyberjaya.

Macam biase, terlewat sedikit sampai di Cyberjaya. Kali neh, memang cuak and nervous sket sebab this is the real ceremony! Mase sampai-sampai dewan dah penuh with all vvip, and graduates from diploma and law graduates. Even, baru jer dapat jadi Diploma holder but iam proudly to be myself because i have my own target. and alhamdulillah target yang pertama dah melepasi tahapnya! Proud to myself!

After convocation, iam not going back with mama and abah. Iam going back with Mr.Jeppri. Lunch with Remy,Helmi and Mahesh. Before we going back to Melaka, singgah di rumah Kak Ani (jepri sister) at Putra Height Subang. Kak Ani got two handsome boy which is Ariff (7) and Ryan(2). *both of them comel sgtt!

Around 9.30pm me and Jeprii going back to Melaka naek bus di station bus Shah Alam. Ouch! Seriously penatt, tapi have fun dapat jumpe kawan-kawan yang dah pindah campus cyber and others uni.

30 JULY (REHEARSAL CONVOCATION)


muke excited pagi2 before pergi rehearsal

self-timer! haha

toilet petronas mane ntah! cantek! :Pp

mama eat alots of ulam2. :D

cameraman :)

camwhore-girl. :D

blurp. *kenyang daaa

famous amos! :D

sementara tunggu Maktam sampai
tuk belanje kitorang GCB. huu

amek gambar pun sempat lagiee. lalala~

GCB. *grilled chic burger honey!

mok makan tak pandang kiri kanan dah!

mama pun sameee. :D

abes daaaa.

maktam saye. *mama's sister :)

....................................................................................................

(2ND AUGUST DIPLOMA CONVOCATION CEREMONY)

kebaya yang tak dirancang.
tetiba ade then terus dipakai pada
pagi tersebuttt. *cantek tak? :)

dalam kereta. otw honey!

seat beside Zaty and Huda. ex-course-mate
mase diploma! you all rocks!
*time neh nervous gilak!

biler nervous pegi toilet.
jumper Jay sambil make-up seket. hee~
miss ya honey!

After naek pentas amek scroll. pheww!
lega beb! :)

*muke happy semuaaaaa :D

11th MMU Convocation 2010

*ade orang cakap saye kurus. haha

eric,me,zaty and seng hock

thanx mama,abah, apit! :)

officially graduated from MMU.

camwhore with jepri. haha

me, daus, jepri

jepri,mahesh,remy

terserempak dengan acik yana.
tak sangke acik datang nak tengok
akak and pakwe tersayang die :)

Ariff. :)

meet the handsome boy, Ryan :)

Mummy iam hungry!

just arrive at MC


Ouch! Sebenarnya banyak lagi pic tapi ader dekat Mr.Apit. Belum sempat nak amek lagi pic2 tersebut, and paling penting pic bersama abah and mama. Pic yang ade neh pun pic yang ade dalam handphone yang tak seberape tue. huu~ *later update lah. lalala~


p/s : iam officially diploma holder.
congrats to myself! :)

..