Monday, April 11, 2011

masa meninggalkan kita

okay, taktau macamane nak mulekan. First thing, jarak jauh. Yaa, mungkin pada yang tahu, dan pada yang tidak tahu, aku adalah orang yang pada awalnya tidak percaya pada this kind of relationship. buttt, tup tup tup, aku dah lalui hubungan jarak jauh neh around 2 years lebih!

Yaa...memang banyak dugaan dan rintangan Allah saja yang tahu. Baik, suka, manis, sedih semuanya ada. Tapi, untuk hampir menjankau usia 3tahun, aku tiba-tiba ragu sendiri. Ok fine, aku admit setiap relation akan ada fasa-fasa hubungan tersebut. Aku percaya setiap orang laen gaya dan caranya mereka menyesuaikan hubungan diorang mengikut berapa abad hubungan mereka tu.

Persoalannya disini, macamane aku nak hadap hubungan jarak jauh sekali gus fasa usia perhubungan yang hampir menjangkau 3tahun??? Bagi aku ia dua perkara berbeza. Tapi bagi korang macamane pulak???

Macamane pulak hubungan jarak jauh itu tanpa ada perjumpaan langsung??? Does it make different dengan hubungan jarak jauh diselang-seli dengan perjumpaan yang mungkin 3kali setahun???

Yaaa tetiba banyak persoalan disitu. Aku tahu dalam mengekalkan perhubungan perlu ada kepercayaan dan kejujuran. Dan orang dulu-dulu sendiri berkahwin tanpa perlu keluar bertemu janji, tapi adakah aku boleh??? kalau pun aku boleh, aku terus setia, adakah pihak yang lagi satu akan serupa???

Bukan maksud aku, bertemu janji itu penting, tapi bagi aku ia sangat berbeza bercakap dalam telephone, msg, webcam, 3G etc. Aku tahu nak seribu daya, taknak seribu dalih. Aku pun manusia biase, banyak yang kurang dari yang lebih.

Kadang-kadang memang terasa penat dan ingin berhenti. Tapi, aku takut aku sendiri yang menyesal, dan tak salah rasanya terus melangkah bukan? Alang-alang sebelum neh aku sendiri yang dah melangkah sampi ke tahap nie macam sayang dan sakit biler ingin berhenti.

Tapi, wajarkah aku fikir macamtu??? Apa kesan pada diri aku sendiri??? Hati aku?? Kehidupan aku??? Boleh ke aku bertahan??? Berapa lama? 3tahun lagi??? Dan selepas itu??? Kalau terus ke fasa yang lebih baek, isnt akan still sama macam zaman kita bercinta ???

Kata orang, sehari pun manusia boleh berubah. Inikan 2-3 tahun??? Ditelan mati mak, diluah mati bapak. Banyak pandangan dari banyak orang. Banyak yang ku lihat pengalaman yang sebelum neh, tak semua diakhiri dengan berita yang baek. Keputusannya seimbang.

Apa yang aku boleh simpulkan, semuanya terletak pada hati. Dan berbalik pada realiti, takdir tuhan. Kita merancang tuhan yang menentukan. DIA lagi Maha Mengetahui. Dia menduga umatnya setimpal dengan kemampuan umatnya, itu yang pasti.

Aku, sendiri masih tak pasti. Biarlaah, biar waktu dan takdir yang menentukan. Andai ada jodoh, ada takdir tertulis untuk bersama, seluruh kudrat aku hamparkan. Andai tidak, selain itu.....aku pasrah... cukup pasrah.

Entah esok lusa, masihkah tidak dipinjam waktu dan ruang untuk bernafas. Cube toleh kebelakang sebentar, melihat apa yang dah terjadi. Dah lama, tak bertazkirah pada diri sendiri. Jauh ke lautt dah pegi nya neh. Harap-harap aku tak ditelan oleh dunia yang terlalu sesak neh.


..



0 comments: